Saturday, April 4, 2009

PELANCARAN MINGGU DISIPLIN SMKDMPR2 2009







Hari ini berlangsung sudah Majlis Perasmian Pelancaran Minggu Disiplin SMKDMPR2 Tahun 2009. Ianya telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Nik Ahmad Zuhdi bin Nik Yaacob iaitu Tuan Kadhi Jajahan Tanah Merah dengan tema "Disiplin Pemangkin Kecemerlangan Akademik". Tahniah dan Syabas.
Di antara objektif Minggu Disiplin kali ini ialah:
1. Membina akhlak mulia di kalangan pelajar.
2. Memberi kefahaman kepada pelajar tentang kepentingan disiplin untuk membina kejayaan dalam hidup.
3. Meningkatkan prestasi tugas, peranan dan komitmen komuniti sekolah ke arah yang lebih dinamik.
4. Membina kesedaran tentang pentingnya tingkah laku positif dalam membentuk keperibadian pelajar.
5. Melahirkan pelajar yang rasional, mempunyai jati diri, penyabar serta berdisiplin sewaktu berada di sekolah dan di luar sekolah.
6. Meningkatkan prestasi pencapaian kurikulum dan kokurikulum.
7. Memupuk dan melahirkan bakat kepimpinan di kalangan pelajar.
8. Melahirkan pelajar yang bertaqwa dan berperibadi mulia.
9. Membina semangat kerjasama, bermuafakat serta toleransi di kalangan pelajar.
10. Membina rasa cinta terhadap sekolah dan komuniti sekolah.
Di antara tentatif Program Minggu Disiplin ialah:
5 April
- Perasmian Minggu Disiplin
- Ceramah Motivasi oleh Ustaz Zamri Bin Zahari – Penceramah Bebas
- Pelancaran Sifar Ponteng dan Kehadiran 100 Peratus
- Pencalonan/Pemilihan Anugerah Tokoh Pelajar
6 April
- Ceramah dan Pameran Dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Tanah Merah
7 April
- Ceramah Kem Solat dari Ustazah Hafizah bt. Abdullah
8 April
- Ceramah dari Pusat Pemulihan Akhlak, Machang
- Perkongsian Pengalaman Bersama Penghuni Pusat Serenti Jeli
9 April
- Perasmian Penutup
- Majlis Penyampaian Hadiah

Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang.
Renung - Renungkan:
•Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.
•Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan untuk esok hari, jadi belajarlah untuk menghargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika semuanya telah tiada…..

1 comment:

Unknown said...

bestle ceramah ari ney,ustaz pown okey n sajak "bulu"tu memang best arr cikgu