Monday, October 19, 2009

SUDUT NUKILAN ANAK DIDIKKU

SIAPALAH AKU

Siapalah aku
hanya insan yang melangkah
ibarat tanpa jasad
setiap langkah membawa penderitaan
kebahagiaan semakin suram
di sebalik sinar mentari yang terbenam

Sialapah aku
untuk mencorak air di lautan
tidak terdaya bahu ini menggalas
ketentuan pasti menjelma
meskipun hari sentiasa kelam

Siapalah aku
hanya pemohon yang setia
menunggu balasan di satu saat
kejayaan yang akan membangkitkan semua...
biarlah penderitaan berkubur di sini
biarpun aku tak rela meneruskan kebahagiaan sementara ini

Siapalah aku
hanya insan yang mengharap
sejuta kasih dari insan tersayang
biarlah sayang itu terdampar
di lautan kasih yang sentiasa bergelora...

Nukilan: Sweet Pink / 19/10/2009 - 1300hrs

SUDUT NUKILAN ANAK DIDIKKU

SIAPALAH AKU ...

Siapalah aku yang berdiri di sini?

di fikiranmu, siapalah aku ...?

di matamu, siapalah aku ...?

di hatimu, siapalah aku ...?

apakah aku segalanya bagimu ?

apakah kebenaran akan terungkai ?

adakah namaku akan segar dalam ingatanmu?

adakah namaku akan sentiasa meniti di bibirmu?

adakah kamu sentiasa memikirkanku

yang masih mencari-cari kata putus dari hatiku ...

tidak pernah terselit di hatimu untuk memaafkan aku?

dan pernahkah kamu memikir diriku yang terseksa

kerana memikirkan dirimu ...

dirimu selalu diingatanku

sentiasa di hatiku

sentiasa di jiwaku

dan sentiasa bersamaku ...

tapi dirimu hanyalah seorang yangku anggap sahabat

kamu hanyalah temanku

adakah kamu akan mengerti temanku?

mengerti maksud teman, sahabat, kawan?

andai kau masih tidak dapat memaafkan aku

hanya satu kupinta darimu

lupakanlah aku ...

semoga kita bahagia dengan kata putus ini

walau pun kecewa melanda untuk seketika.


Nukilan : Amalina/19.10.2009/1250hrs

Sunday, October 18, 2009

PROGRAM OUTREACH PENDIDIKAN KERJAYA KEBANGSAAN 2009













































PROGRAM OUTREACH PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


Program Outreach Pendidikan Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009 telah dilaksanakan pada 11 - 14 Oktober 2009 di mana kali ini Negeri Kelantan telah menjadi tuan rumah. Ianya telah dilangsungkan di Perdana Beach Resort, Kota Bharu. Penyertaannya adalah murid tingkatan 4 seluruh negara kecuali Labuan dan Sabah.


Pendedahan kepada persekitaran akan memberi motivasi kepada perkembangan kerjaya seseorang individu. Ilmu dan pengetahuan yang diperoleh amat berguna dalam proses pembentukan kefahaman kerjaya seseorang. Umpamanya, penekanan kepada dasar industrilisasi sesebuah negara akan mendorong kepada penglibatan yang meluas dalam sektor perkilangan oleh masyarakat negara tersebut. Jesteru itu, Program Outreach Pendidikan Kerjaya Kebangsaan ini digubal, dirancang dan dilaksanakan untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta dan murid-murid yang terlibat tentang kepelbagaian yang mewarnai dunia kerjaya atau pekerjaan di negara ini.


Di antara objektif program ini ialah:


1. Mewujudkan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan pengetahuan berkaitan kerjaya.


2. Memberi pendedahan tentang prospek kerjaya yang tepat dan sesuai dengan keadaan semasa.


3. Membimbing peserta melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan berkaitan kerjaya dan alam pekerjaan.


4. Mewujudkan murid yang mempunyai ketahanan dan integriti diri yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dengan cabaran yang akan menyusul.


5. Meningkatkan keyakinan dan harga diri untuk menceburi dunia kerjaya dan alam pekerjaan.


Wednesday, October 14, 2009

KURSUS PROFESIONALISME GBK SMKA KEBANGSAAN





KURSUS PROFESIONALISME GBK SMKA KEBANGSAAN DI HOTEL ORIENTAL CRYSTAL, KAJANG 2009

Kesempatan terbaik telah digunakan oleh GBK SMKA seluruh negara untuk berkongsi maklumat tentang perkembangan Kerjaya dan Bidang Tugas GBK hari ini. Di antara tajuk-tajuk yang diperbincangkan ialah:

1. Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling oleh En. Ab. Rahim Othman dari Sektor Pengurusan Sekolah Harian KPM.

2. Norma Kerja Utama GBK oleh En. Zamzam Ismail - YDP MGKK

3. Laluan Kerjaya oleh En. Mohamad Nawi b. Jaffar - YDP MGKN Kelantan

4. Perkongsian Pintar GBK SMKA oleh Pn. Wan Azizah Jusoh - AJK MGKK

5. Buku Rekod GBK oleh En. Isa - YDP MGKN Selangor

6. Sistem Fail GBK 0leh En. Ismail - YDP MGKN Perak
7. Sidang Pleno/ Bicara Hati GBK SMKA oleh Tn. Hj. Shuib (YDP MGKN Kedah) dan Tn. Hj. Adi (YDP MGKN Perlis)