Tuesday, March 31, 2009

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2009




Majlis Pelancaran Program Kecemerlangan PMR dan SPM 2009 telah pun dilancarkan oleh YBrs. Tn. Hj. Mohd Adnan bin Mohd Noor, KSPA, JPN Kelantan mewakili Pengarah Pelajaran Kelantan pada 29 Mac 2009 jam 2.30 petang. Kehadiran ibu bapa dan penjaga memang ramai dan sambutan amat membanggakan. Di antara pengisian yang dicadangkan ialah Kelas Elit Malam (Februari hingga September), Kelas Kecemerlangan Petang (Mac hingga September), Kelas Pengukuhan / Intensif / Pemulihan (Cuti Semester), Bengkel Akademik PMR / SPM (April - Mei), Kem Kecemerlangan (Cuti Semester), Motivasi Minda Cemerlang Semua A, Kemahiran Belajar, Seminar Teknik Menjawab / Psikologi Peperiksaan (Julai) dan Motivasi Keibubapaan / Majlis Serah Target PMR dan SPM dan banyak lagi.
Dalam majlis tersebut juga, bantuan disampaikan kepada keluarga yang kurang bernasib baik iaitu keluarga En. Kamarulzaman bin Che Leh yang mempunyai anak di tingkatan 1. Bantuan ini adalah hasil sumbangan  masyarakat setempat Tanah Merah di mana semua ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan ahli Kelab Bimbingan dan Kaunseling (AKBK) telah berjaya mengumpul dana tersebut dalam program yang dinamakan sebagai Program Khidmat Bakti PRS / AKBK SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2. Sebanyak 4 kotak pakaian, 2 kotak barangan kaca (set pinggan mangkuk) dan satu kotak buku tulis serta RM797.00 telah berjaya dikumpulkan untuk didermakan kepada murid-murid yang kurang bernasib baik. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua PRS dan AKBK yang telah menjayakan program tersebut.
Semoga moto "Bantu Diri Bimbing Rakan" menjadi realiti.