Wednesday, January 7, 2009

SEKALONG TAHNIAH KEPADA SEMUA CALON PMR 2008


TAHNIAH! TAHNIAH! N TAHNIAH kepada semua calon PMR 2008 yang telah berjaya dengan cemerlang. Kepada yang berjaya meraih 8A dan 9A sekali lagi tahniah. Calon PMR SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2 ini juga tak kurang hebatnya. Walaupun sekolah harian biasa di pedalaman n di sebuah pekan kecil iaitu Tanah Merah, namun mereka masih berjaya meraih 9A dan 8A. Seramai 11 orang telah mendapat 9A termasuk anak saya (fuh bangganya aku sebagai bapa n sebagai seorang GBK) dan 12 orang mendapat 8A dan berjaya mempertahankan kedudukan teratas di PPD Tanah Merah selama tiga (3) tahun berturut-turut. Semoga lebih cemerlang lagi pada tahun ini.

SELAMAT TAHUN BARU

Sudah lama aku tidak mengemaskinikan blog kesayanganku ini. Tetapi sibuk dengan tugas bukanlah satu alasan yang tepat. Cuma mungkin kerana aku mahu berehat sempena cuti sekolah. Peluang untuk bersama keluarga yang selalu aku tinggalkan. Aku berkesempatan membawa keluarga bercuti di Tiara Beach Resort, Port Dickson. Walaupun sekejap tetapi ternyata berbaloi kerana mereka seronok sekali. Dua hari berendam dalam tasik buatan manusia. Aku teringat pada kata-kata tiada manusia yang bergembira sepanjang masa tetapi ianya bukanlah suatu alasan untuk hidup sengsara. Langkah pertama mencapai keberhasilan adalah melakukan suatu perkerjaan kecil dengan sebaik-baiknya dan dengan cara yang benar, hingga keberhasilan dapat tercapai. Setelah itu lakukanlah pada hal-hal yang lebih besar.
Jika anda berfikir tentang hari kelmarin tanpa rasa penyesalan dan hari esok tanpa rasa takut, bererti anda sudah berada di jalan yang benar menuju sukses. Kebahagiaan datang jika kita berhenti mengeluh tentang kesulitan-kesulitan yang kita hadapi, dan mengucapkan terima kasih atas kesulitan-kesulitan yang tidak menimpa kita. Hidup perlu diteruskan walaupun kita masih gagal mencapai impian kita.
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.
Kini tahun baru telah pun muncul. Semoga anda berjaya memperbaharui iman dan amal anda. Kalau boleh tambahkan lagi supaya hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.