Wednesday, March 24, 2010

HARI KELIMA MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH SMKDMPR2 2010

















HARI KELIMA SAMBUTAN DAN MERUPAKAN HARI TERAKHIR

Hari ini 25 Mac 2010 merupakan hari terakhir sambutan Minggu Disiplin dan Anti Dadah SMKDMPR2 dan pengisian hari ini ialah ceramah yang disampaikan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan Tn. Haji Shafie bin Hussin yang turut sama merasmikan penutupan Minggu Disiplin dan Anti Dadah dan seterusnya meyampaikan watikah pelantikan kepada pemimpin sekolah iaitu Pengawas, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Pengawas SPBT.

HARI KEEMPAT MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH














HARI KEEMPAT SAMBUTAN MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH
Hari ini 24 Mac 2010 merupakan hari keempat sambutan Minggu Disiplin dan Anti Dadah SMKDMPR2. Pengisian program pada hari ini ialah Ceramah Motivasi 'Nak Bakit Asal' yang telah disampaikan sendiri oleh penulis blog ini. Walaupun penceramah 'tempatan' tetapi nampaknya ramai juga yang tersentuh. Ramai yang menitiskan air mata keinsafan. Namun selama manakah rasa keinsafan ini akan bersemadi dalam jiwa murid-murid ini? Hanya Allah jua yang dapat mengubah hati dan tingkah laku mereka ini.

Monday, March 22, 2010

HARI KETIGA MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH SMKDMPR2












HARI KETIGA MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH SMKDMPR2 2010

Hari ini 23 Mac 2010 merupakan hari ketiga sambutan Minggu Disiplin dan Anti Dadah SMKDMPR2. Pengisian program hari ini ialah ceramah, pameran dan 'urine test' oleh AADK Daerah Tanah Merah, dan Latihan Mengosongkan Bangunan serta demostrasi memadamkan kebakaran oleh Bomba Tanah Merah. Ceramah AADK telah disampaikan oleh En. Mohd Aris Fadzillah bin M. Hassan, pegawai AADK Daerah Tanah Merah.

Sunday, March 21, 2010

HARI KEDUA PROGRAM MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH











SOLAT DAN PENGHAYATAN SEBAGAI PENGISIAN HARI KEDUA PROGRAM MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH SMKDMPR2

Hari ini 22 Mac 2010 merupakan hari kedua berjalannya program Minggu Disiplin dan Anti Dadah SMKDMPR2 di mana Nik Mahadi Nik Mahmood iaitu penceramah bebas B Hon Al-Azhar dan MA UM dan pernah bertugas dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan menyampaikan ceramahnya 'Solat dan Penghayatannya'.

Saturday, March 20, 2010

PELANCARAN MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH








MAJLIS PELANCARAN MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH SMKDMPR2 2010
Pada 21 Mac 2010 hari Ahad, Minggu Disiplin dan Anti Dadah telah dilancarkan dengan sempurnanya oleh En. Mohd Yunus bin Awang, Penolong Kanan Pentadbiran SMKDMPR2. Majlis pelancaran dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Al-Sultan dan Lagu Sekolah. Seterusnya ucapan alu-aluan Ybrs. En. Nubli bin Hj. Abd Latif, Pengerusi Program Minggu Disiplin Dan Anti Dadah 2010, Bacaan Perutusan oleh En. Mohd Sanusi Othman, Ucapan Perasmian dan Pelancaran dan berakhir dengan Ceramah "Disiplin Dan Masyarakat Dunia" oleh Sarjan Trafik Nik Nazri bin Nik Jaafar dari IPD Tanah Merah. Penceramah ini pernah bertugas di Bosnia Herzegovina, Denmark dan Timor Leste di bawah panji-panji PBB.
Ceramah beliau telah disampaikan dengan penuh semangat dan telah dapat menarik minat pelajar dan guru dan mendapat perkongsian pengalaman luar negara yang cukup menarik sekali. Displin diri merupakan tonggak utama dalam menjalankan tugas apatah lagi bila bertugas dengan pelbagai jenis manusia yang pelbagai budaya hidup. Beliau pernah ditawan oleh tentera Serb Bosnia untuk merampas kereta dan ditawan dengan periuk api. Pernah menjalani kehidupan dalam musim sejuk -45C selama empat bulan dengan kekurangan bekalan makanan. Menghadapi suasana huru-hara di Timur Leste di bandar Dili di mana Presiden dan Perdana Menteri Timor Leste ditembak mati.