Monday, October 8, 2012

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2012. SMOGA MENDAPAT RESULT YANG CEMERLANG.

Saturday, July 9, 2011

MENGAPA KITA SUKAR INGAT APA YANG GURU AJAR

KITA SUKAR INGAT KERANA:
1. Subjek itu kita tidak minat.
Oleh itu, kita MESTI meminati semua subjek yang diajar.
2. Kita tidak ulangi apa yang telah cikgu ajar.
Oleh itu, kita perlu ulangkaji berkali-kali
3. Kita gagal fokus apa yang cikgu sedang ajar.
Oleh itu, fokus betul-betul apa yang sedang diajar oleh cikgu.
4. Kita tidak mencatat isi penting.
Oleh itu, kita kena rajin membuat catatan supaya kita tidak kehilangan maklumat penting.
5. Kita tidak menggunakan teknik mengingat yang ada.
Oleh itu, kita kena gunakan teknik belajar seperti peta minda, carta alir, tulang ikan, dan yang sama waktu dengannya.

Friday, July 8, 2011

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012 / 2013

HEBAHAN PEMBELIAN NOMBOR PIN MATRIKULASI (PMI) 2011 UNTUK SESI 2012 / 2013

BAYARAN RM 6.00 untuk PMI boleh dibuat kepada GBK SMKDMPR2 mulai 1 JULAI - 1 SEPTEMBER. Tarikh tutup sebenar pembelian no pin ialah 10 OKTOBER 2011. SILA sertakan SALINAN KAD PENGENALAN ANDA bersama-sama dengan wang secukupnya. Jika pelajar ingin menguruskan sendiri pembelian no pin PMI, nombor akaun ialah 1410 0290 0021 1897 atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Dimaklumkan juga bahawa laman sesawang KPM iaitu http://www.moe.gov.my boleh dilayari untuk PMI mulai 1 JULAI - 10 OKTOBER 2011. PELAJAR dikehendaki mengisi borang PMI anda sendiri dan bertanggungjawab atas permohonan anda.
Hanya calon SPM 2011 dari sekolah kerajaan / bantuan kerajaan dan berstatus WARGANEGARA MALAYSIA yang mendaftar dalam mana-mana kumpulan mata pelajaran berikut sahaja layak memohon.
a. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia DAN Fizik / Biologi (bagi JURUSAN SAINS - M001).
b. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, DAN mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan/ Pengajian Keusahawanan/ Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Lukisan Kejuruteraan (bagi JURUSAN PERAKAUNAN - M003 )
c. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan satu (1) daripada mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan (bagi JURUSAN TEKNIKAL - M007 )

Thursday, July 7, 2011

KEM BESTARI / SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PMR









KEM BESTARI / SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PMR
Hari ini 08 JULAI 2011 merupakan hari pertama Kem Bestari @ Seminar Teknik Menjawab PMR untuk 211 calon PMR SMKDMPR2. Biasanya pada tahun-tahun yang lepas kem ini dibuat di resort dan sambutannya membanggakan. Tahun ini, kem ini dilaksanakan di sekolah. Terima kasih kepada penceramah jemputan (GC) dan juga pelajar yang telah sudi hadir untuk menjayakan program ini. Subjek hari ini ialah Matematik, Bahasa Melayu dan sesi petang ialah Bahasa Inggeris.
Esok, 09 JULAI 2011 merupakan hari kedua melibatkan subjek Sains, PAI dan Bahasa Arab. Semoga pelajar mendapat manfaat daripada kem @ seminar teknik menjawab ini.

Tuesday, April 26, 2011

KENANGAN KURSUS PRS 2011








Sekali lagi PRS SMKDMPR2 telah berjaya melaksanakan Kursus PRS di Pondok Darul Hanan dengan modul kursus yang baru.

Wednesday, November 24, 2010

2010 DALAM KENANGAN





































2010 DALAM KENANGAN
Hari ini 25 November 2010. Sebulan lagi 25 Disember 2010. Masih sempatkah kita untuk terus menikmati hidup ini? Hari ini merupakan hari ke3 calon SPM 2010 menduduki peperiksaan. Pelbagai gelagat calon dapat diperhatikan. Maklumlah ini merupakan perjuangan penting mereka kerana mereka sudah menghampiri 'Garisan Penamat'.
Berikut sedikit sorotan masa lampau program yang pernah dilalui oleh student SMKDMPR2 untuk tatapan kita bersama.