Friday, July 8, 2011

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2012 / 2013

HEBAHAN PEMBELIAN NOMBOR PIN MATRIKULASI (PMI) 2011 UNTUK SESI 2012 / 2013

BAYARAN RM 6.00 untuk PMI boleh dibuat kepada GBK SMKDMPR2 mulai 1 JULAI - 1 SEPTEMBER. Tarikh tutup sebenar pembelian no pin ialah 10 OKTOBER 2011. SILA sertakan SALINAN KAD PENGENALAN ANDA bersama-sama dengan wang secukupnya. Jika pelajar ingin menguruskan sendiri pembelian no pin PMI, nombor akaun ialah 1410 0290 0021 1897 atas nama Pengarah Bahagian Matrikulasi.
Dimaklumkan juga bahawa laman sesawang KPM iaitu http://www.moe.gov.my boleh dilayari untuk PMI mulai 1 JULAI - 10 OKTOBER 2011. PELAJAR dikehendaki mengisi borang PMI anda sendiri dan bertanggungjawab atas permohonan anda.
Hanya calon SPM 2011 dari sekolah kerajaan / bantuan kerajaan dan berstatus WARGANEGARA MALAYSIA yang mendaftar dalam mana-mana kumpulan mata pelajaran berikut sahaja layak memohon.
a. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia DAN Fizik / Biologi (bagi JURUSAN SAINS - M001).
b. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, DAN mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Perdagangan/ Pengajian Keusahawanan/ Sains/ Sains Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Biologi/ Lukisan Kejuruteraan (bagi JURUSAN PERAKAUNAN - M003 )
c. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, dan satu (1) daripada mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Teknologi Kejuruteraan (bagi JURUSAN TEKNIKAL - M007 )

No comments: