Wednesday, February 11, 2009

MESYUARAT DI GOLDCOURSE HOTEL, KLANG

HADIR MESYUARAT PENULISAN KAJIAN KES, PELAPORAN L8 N MGKK 1/2009
Aku terpaksa menunda tarikh pendaftaran ke SBP anakku di SMS Kuala Terengganu pada 10 Februari yang lepas kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di atas. Selaku Pengerusi MGKN Kelantan dan AJK MGKK, kepentingan diri terpaksa diabaikan. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Aku juga berharap agar pendaftaran anakku di SBP SMSKT nanti juga akan berjalan dengan lancar. Perjuangan untuk membela nasib GBK perlu diteruskan. Hasilnya kini telah ada GBK yang telah menerima GC DG48 n DG44 walaupun dalam jumlah yang sedikit. Begitu juga dengan GBK sekolah rendah. Tahniah kepada yang telah berjaya. Semoga kerja buat anda akan bertambah cemerlang. Kepada yang belum berjaya, buatlah permohonan bila ada siaran iklan nanti. Untuk memastikan anda berjaya memohon, buatlah persediaan dari sekarang. Isi siap-siap Borang Permohonan n sediakan keperluan yang perlu disediakan termasuk salinan Buku Rekod Perkhidmatan dan Laporan Tatatertib kerana tempoh masa adalah amat singkat bila iklan dikeluarkan nanti. Jua pastikan markah prestasi 3 tahun anda melepasi 94% dan ke atas termasuk prestasi semasa (Rujuk taklimat oleh wakil KPM Bahagian Sekolah Harian di PPD Kota Bharu yang lepas).
Oleh itu, bekerja keraslah anda agar prestasi anda melepasi tahap yang ditetapkan termasuk lulus PTK. Jadilah GBK yang CEMERLANG.

KURSUS PRS / KELAB B&K 1 2009










SEKALONG TAHNIAH

Sekalong Tahniah buat semua peserta Kursus PRS n Ahli Kelab Bimbingan & Kaunseling SMKDMPR2 (77 orang -24L/53P) kerana telah berjaya mengikuti KURSUS PRS n AKBK 1 pada 05 - 07 Februari 2009 yang lepas. Anda berjaya menyelesaikan tugasan di IPD Tanah Merah, Bomba TM, Gedung-Gedung Perniagaan di Tanah Merah juga rumah-rumah ibu tunggal, keluarga berpendapatan rendah sekitar Tanah Merah dalam eksplorasi minda anda. Syabas. Semoga semua pengalaman ini akan dijadikan iktibar dan panduan untuk anda mengharungi kehidupan ini. Ciri-ciri "CUT APPLE A" yang disemaikan dalam diri kalian dapat kalian teruskan bukan semasa kursus sahaja tetapi dalam kehidupan anda sebagai pelajar dan PRS. Jua Sekalong Penghargaan dan Terima Kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan kursus ini iaitu PDRM Tanah Merah, Bomba Tanah Merah, Gedung-Gedung Perniagaan Tanah Merah, keluarga yang dilawati, Warga SMKDMPR2 terutama Pn. Pengetua, GBK SMKDMPR2, Guru-Guru Pengiring iaitu Cik Rozana, Cik Suhaliza n Cik Norbaizura, Ustaz Abd. Mukti, Zul Bujang, Kak Fasi iaitu Kak Afiqah, Kak Juzailah n Kak Fatihah, Ekyn, Mek, Safiqah, Izati, dan Kak Anis.
Semoga kursus ini menjadi penanda aras untuk kursus yang seterusnya.
"BANTU DIRI BIMBING RAKAN" - "SAMA SEDAH"

SELAMAT JALAN PUTERA PUTERI SMKDMPR2

SELAMAT JALAN PUTERA PUTERIKU
Tanggal 10 Februari 2009 merupakan tarikh keramat dalam hidup anda. Wow !!! Penat lelah anda selama ini berbaloi. Kini anda terbang meninggalkan taman indah SMKDMPR2 ke destinasi yang selama ini menjadi impian kalian semua. Terbanglah putera puteriku kerana penghijrahan anda bakal mengubah masa depan hidup anda. Seramai 18 orang putera dan puteriku terbang ke SBP dan MRSM. Paling jauh ke SMS Sri Puteri KL iaitu PRS kesayanganku yang telah menggapai 9A dan yang paling dekat SMS Machang. Pergilah putera n puteriku n pulanglah dengan membawa kejayaan. Meskipun aku akan kehilangan kalian, namun aku bangga kerana memiliki anak-anak yang hebat usahanya seperti kalian.
Semoga Allah memberi rahmat n impian dan cita-cita kalian menjadi kenyataan.