Monday, October 19, 2009

SUDUT NUKILAN ANAK DIDIKKU

SIAPALAH AKU

Siapalah aku
hanya insan yang melangkah
ibarat tanpa jasad
setiap langkah membawa penderitaan
kebahagiaan semakin suram
di sebalik sinar mentari yang terbenam

Sialapah aku
untuk mencorak air di lautan
tidak terdaya bahu ini menggalas
ketentuan pasti menjelma
meskipun hari sentiasa kelam

Siapalah aku
hanya pemohon yang setia
menunggu balasan di satu saat
kejayaan yang akan membangkitkan semua...
biarlah penderitaan berkubur di sini
biarpun aku tak rela meneruskan kebahagiaan sementara ini

Siapalah aku
hanya insan yang mengharap
sejuta kasih dari insan tersayang
biarlah sayang itu terdampar
di lautan kasih yang sentiasa bergelora...

Nukilan: Sweet Pink / 19/10/2009 - 1300hrs

SUDUT NUKILAN ANAK DIDIKKU

SIAPALAH AKU ...

Siapalah aku yang berdiri di sini?

di fikiranmu, siapalah aku ...?

di matamu, siapalah aku ...?

di hatimu, siapalah aku ...?

apakah aku segalanya bagimu ?

apakah kebenaran akan terungkai ?

adakah namaku akan segar dalam ingatanmu?

adakah namaku akan sentiasa meniti di bibirmu?

adakah kamu sentiasa memikirkanku

yang masih mencari-cari kata putus dari hatiku ...

tidak pernah terselit di hatimu untuk memaafkan aku?

dan pernahkah kamu memikir diriku yang terseksa

kerana memikirkan dirimu ...

dirimu selalu diingatanku

sentiasa di hatiku

sentiasa di jiwaku

dan sentiasa bersamaku ...

tapi dirimu hanyalah seorang yangku anggap sahabat

kamu hanyalah temanku

adakah kamu akan mengerti temanku?

mengerti maksud teman, sahabat, kawan?

andai kau masih tidak dapat memaafkan aku

hanya satu kupinta darimu

lupakanlah aku ...

semoga kita bahagia dengan kata putus ini

walau pun kecewa melanda untuk seketika.


Nukilan : Amalina/19.10.2009/1250hrs

Sunday, October 18, 2009

PROGRAM OUTREACH PENDIDIKAN KERJAYA KEBANGSAAN 2009













































PROGRAM OUTREACH PENDIDIKAN KERJAYA PERINGKAT KEBANGSAAN 2009


Program Outreach Pendidikan Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2009 telah dilaksanakan pada 11 - 14 Oktober 2009 di mana kali ini Negeri Kelantan telah menjadi tuan rumah. Ianya telah dilangsungkan di Perdana Beach Resort, Kota Bharu. Penyertaannya adalah murid tingkatan 4 seluruh negara kecuali Labuan dan Sabah.


Pendedahan kepada persekitaran akan memberi motivasi kepada perkembangan kerjaya seseorang individu. Ilmu dan pengetahuan yang diperoleh amat berguna dalam proses pembentukan kefahaman kerjaya seseorang. Umpamanya, penekanan kepada dasar industrilisasi sesebuah negara akan mendorong kepada penglibatan yang meluas dalam sektor perkilangan oleh masyarakat negara tersebut. Jesteru itu, Program Outreach Pendidikan Kerjaya Kebangsaan ini digubal, dirancang dan dilaksanakan untuk memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta dan murid-murid yang terlibat tentang kepelbagaian yang mewarnai dunia kerjaya atau pekerjaan di negara ini.


Di antara objektif program ini ialah:


1. Mewujudkan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan pengetahuan berkaitan kerjaya.


2. Memberi pendedahan tentang prospek kerjaya yang tepat dan sesuai dengan keadaan semasa.


3. Membimbing peserta melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan berkaitan kerjaya dan alam pekerjaan.


4. Mewujudkan murid yang mempunyai ketahanan dan integriti diri yang tinggi agar dapat menyesuaikan diri dengan cabaran yang akan menyusul.


5. Meningkatkan keyakinan dan harga diri untuk menceburi dunia kerjaya dan alam pekerjaan.


Wednesday, October 14, 2009

KURSUS PROFESIONALISME GBK SMKA KEBANGSAAN





KURSUS PROFESIONALISME GBK SMKA KEBANGSAAN DI HOTEL ORIENTAL CRYSTAL, KAJANG 2009

Kesempatan terbaik telah digunakan oleh GBK SMKA seluruh negara untuk berkongsi maklumat tentang perkembangan Kerjaya dan Bidang Tugas GBK hari ini. Di antara tajuk-tajuk yang diperbincangkan ialah:

1. Kompetensi Guru Bimbingan Dan Kaunseling oleh En. Ab. Rahim Othman dari Sektor Pengurusan Sekolah Harian KPM.

2. Norma Kerja Utama GBK oleh En. Zamzam Ismail - YDP MGKK

3. Laluan Kerjaya oleh En. Mohamad Nawi b. Jaffar - YDP MGKN Kelantan

4. Perkongsian Pintar GBK SMKA oleh Pn. Wan Azizah Jusoh - AJK MGKK

5. Buku Rekod GBK oleh En. Isa - YDP MGKN Selangor

6. Sistem Fail GBK 0leh En. Ismail - YDP MGKN Perak
7. Sidang Pleno/ Bicara Hati GBK SMKA oleh Tn. Hj. Shuib (YDP MGKN Kedah) dan Tn. Hj. Adi (YDP MGKN Perlis)

Monday, September 7, 2009

MESYUARAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING





MESYUARAT PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI CONCORDE IN KLIA

Hari ini 08/09/09 hari kedua berada di Concorde Inn untuk Mesyuarat Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Agenda hari ini ialah Norma Kerja Utama GBK dan Tugas-Tugas Tambahan GBK, Isu-isu dalam pengurusan GBK, Pengedaran Buku Kajian Kes Kaunseling untuk panduan GBK seluruh negara dan pengedaran Buku Panduan Kaunseling kepada GBK.

Wednesday, September 2, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM PULA BERMULA

Sekarang ni musim 'Demam Peperiksaan'. Baru saja percubaan UPSR dan PMR berlalu, kini menyusul pula Percubaan SPM dan selepas ini UPSR sebenar iaitu pada 08 hingga 10 September 2009. PMR akan bermula pada 07 - 13 Oktober 2009 dan SPM bertulis bermula 19/11/2009 - 16/12/2009. Wow ... bagaimana dengan persediaan anak-anak semua? Beres! Ha macamtulah. Buat persediaan awal. Sediakan kelengkapan secukupnya sebelum pergi 'Berperang'. Barulah tidak kecundang. Target akan mengena aje. Wow lepas tu dapat result semuanya A. Wow bayangkan betapa gembiranya ibu bapa, guru-guru dan lebih-lebih lagi diri sendiri.
So, kepada semua yang akan mengambil peperiksaan nanti janganlah panik ya. Tenang n baca dan fahami arahan dan kehendak soalan betul-betul. Hati-hati. Pastikan jawapan yang diberi adalah menepati kehendak soalan. Semak kalau ada masa. Guna masa yang diberikan sepenuhnya untuk menjawab. Jangan meniru kerana padahnya teruk sekali.
Di sini diperturunkan Jadual Peperiksaan Percubaan SPM 2009:
01/09 (Selasa) - BM/1 dan BM /2
02/09 (Rabu) - BI/2 , BI/1 n PS/1
03/09 (Khamis) - MATH/2, MATH/1 n Sejarah 1
06/09 (Ahad) - Sejarah 2, Science 2 / Biology 2
07/09 (Isnin) - CUTI NUZUL QURAN
08/09 (Selasa) - Science 1 / Biology 1, Biology 3, Sastera Melayu, n EST 1
09/09 (Rabu) - Pendidikan Islam 1 dan 2 dan EST 2
10/09 (Khamis) - Physics 2, Physics 1, Ekonomi Asas 1 dan Physics 3
13/09 (Ahad) - Chemistry 2, Ekonomi Asas 2, Chemistry 1, n Chemistry 3
14/09 (Isnin) - ICT / LK, PS/2
15/09 (Selasa) - ADD MATH/1 n ADD MATH/2
16/09 (Rabu) - Prinsip Perakaunan 1 dan 2
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN. SEMOGA ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG. SELAMAT BERPUASA.

Saturday, August 15, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2009 SEDANG BERLANGSUNG

Hari Ahad hingga Khamis 16 - 20 Ogos 2009 merupakan tarikh Peperiksaan Percubaan PMR untuk Negeri Kelantan. Keputusannya boleh dijadikan 'kayu ukur' untuk melihat peningkatan prestasi berbanding dengan PPT yang lepas. Ingat! Keputusan percubaan ini juga boleh 'digunapakai' untuk memohon SBP atau MRSM. Peperiksaan Percubaan SPM akan berlangsung mulai 01 september hingga 17 September, PAT Tingkatan 4 mulai 01 November hingga 12 November dan PAT Tingkatan 1 dan 2 mulai 08 November hingga 12 November 2009. Manakala tarikh peperiksaan sebenar PMR ialah bermula 07 Oktober hingga 13 oktober dan SPM bertulis bermula 19 November hingga 16 Disember 2009 (jika tiada pindaan/perubahan).
Hadapilah peperiksaan dengan tenang. Jangan panik. Baca arahan terlebih dahulu, kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan atau kehendak soalan yang sebenarnya. Keluarkan fakta-fakta yang berkaitan dengan soalan dalam masa yang telah ditetapkan. Elakkan daripada meniru sepanjang menjalani peperiksaan. Jawab dulu soalan BONUS di mana jawapannya diyakini betul. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Jawab apa yang ditanya, jangan jawab apa yang anda tahu. Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.
•Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! Soalan inilah yang anda mungkin lakukan kecuaian, oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut.
'Ingat! Setengah markahpun ianya mungkin sebagai penentu kepada kecemerlangan anda.'
So buat yang terbaik. Good Luck!.
Sekarang ni musim H1N1. Berhati-hati dan jaga diri sendiri. Elakkan daripada terdedah kepada kumpulan khalayak yang ramai.

Sunday, August 9, 2009

SEDUTAN PROGRAM PRS KEBANGSAAN DI KOTA KINABALU, SABAH




















PERHIMPUNAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA KEBANGSAAN 2009

Program Perhimpunan Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Kebangsaan 2009 telahpun berlangsung di Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah. Negeri Kelantan telah menghantar 11 orang wakil iaitu 5 lelaki dan 6 perempuan bersama dengan dua orang guru pengiring. Peserta negeri Kelantan telah diwakili oleh murid SMK Hamzah, SMK Tiang Chandi, SMK Kamil, SMK (A) Lati, SMK Salor, SMK Tendong, SMK To' Uban, SMK (A) Naim Lilbanat, SMK Panji, SMK Ayer Lanas dan SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2.

Guru Pengiring berkesempatan untuk melawat ke Maktab Sabah dan mendengar taklimat daripada Puan Pengetua dan GBK Maktab Sabah.