Saturday, April 25, 2009

TAHNIAH DAN JASAMU DIKENANG














Hari ini 26 April 2009, satu perhimpunan khas diadakan iaitu untuk menghargai guru yang naik pangkat, bertukar, selesai tugasan praktikum, jasamu dikenang, penyampaian hadiah kelahiran, dan sumbangan takziah. Sekalong Ucapan Tahniah kepada En. Mohd Saupi bin Ibrahim @ Ab. Rahman kerana naik pangkat sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Jasamu Dikenang untuk En. Solahuddin bin Abdullah, Guru Praktikum dari UPSI, En. Muhd Suhaimi b. Yusof, sebagai jurulatih kawad Puteri Islam, cenderamata kerana mendapat cahaya mata untuk Ustaz Abrari bin Ibrahim, Sumbangan Khairat Kematian untuk Pn. Rubiah bt Ab. Rahman, yang baru kehilangan putera sulongnya. Seterusnya, Penyampaian Hadiah untuk Johan Pertandingan Masakan Peringkat Daerah Tanah Merah dan Penyampaian Pingat Kejohanan Olahraga MSSK Cawangan Tanah Merah. Sekalong Tahniah kepada mereka yang telah berjaya dan mengharumkan nama sekolah.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI PERTAMA 2009










LDP Kali Pertama tahun ini telah berlangsung iaitu pada hari ini Sabtu 25 April 2009 dengan tajuk Bengkel Kecemerlangan PMR dan SPM 2009. Program LDP telah diisi dengan Ucapan dan Taklimat oleh YBrs. Puan Sabariah bt. Hj. Abdul Samad, Pengetua SMKDMPR2, Taklimat dan Bengkel 1 oleh Pengarah Program Peningkatan dan Kecemerlangan PMR 2009 iaitu GC Tn. Hj. Mashadi b. Dato' Hj. Mustafa diikuti dengan Taklimat dan Bengkel 2 oleh Pengarah Program Peningkatan dan Kecemerlangan SPM 2009 iaitu GC Pn. Hjh. Latifah bt. Muhammad. Program yang bermula jam 8.00 pagi telah berakhir jam 2.00 petang.

Saturday, April 18, 2009

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA PN. RUBIAH BT AB. RAHMAN





Pada Hari Jumaat 17 April 2009, adik Mohd Syamrin bin Sukri (13 Tahun) murid Tingkatan 1 SMKDMPR2, telah kembali ke Rahmatullah pada jam lebih kurang 3.00 petang. Beliau adalah anak kepada salah seorang kakitangan pejabat SMKDMPR2. Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKDMPR2 dan PRS telah membuat kunjungan ke rumah Pn. Rubiah untuk menyampaikan ucapan salam takziah mewakili semua murid SMKDMPR2 yang tidak berkesempatan mengunjungi rumah beliau. Marilah sama-sama kita menghadiahkan Al-Fatihah semoga Roh adik Mohd Syamrin dicucuri Rahmat oleh Allah S.W.T - Al-Fatihah.

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS DAN PRS 2009











Hari ini 19 April 2009 telah sempurna sudah Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas dan PRS 2009. Majlis Perasmian dan Penyampaian Watikah telah disempurnakan oleh YBhg. En. Rosli bin Abdul Kadir, Pengarah Urursan HAS Associates merangkap Bendahari UMNO Bahagian Tanah Merah. Beliau merupakan lulusan Bsc In Quantity Surveying, England, Profesional License: Chartered Surveyor RICS United Kingdom Qualification, Profesional Qualification in Cost Engineering, UK dan Registered Quality Surveyor, di Malaysia. Beliau juga telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM3000.00 untuk tabung pelajar miskin, program kepimpinan pengawas dan PRS, dan baju koprat untuk unit HEM SMKDMPR2. Tahniah dan Terima Kasih.
Aturcara Majlis:

q Pelajar berkumpul

q Nyanyian Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah

q Ikrar Rukun Negara

q Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

q Bacaan Doa

q Ucapan Alu-aluan Puan Pengetua

q Ucapan Perasmian Oleh En.Rosli bin Abdul Kadir
Pengarah Urusan HAS Associates,
Bendahari UMNO Bahagian Tanah Merah

q Penyampaian Watikah Pelantikan

q Ikrar Pengawas

q Penyampaian Cenderamata

q Jamuan Ringan

q Bersurai

HARI KE 4 MESYUARAT DI MITC









Hari ini hari terakhir mesyuarat Pembinaan Modul Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah. Pembentangan dan penghujahan semakin hebat. Bukan senang untuk membina 180 modul. Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En. Aidie bin Jantan, Ketua Penolong Pengarah Sektor Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 5 , 6, dan 7 Mei 2009 di Hotel Empress, Sepang.

Tuesday, April 14, 2009

HARI KE 3 MESYUARAT PEMBINAAN MODUL B&K SR DI MITC








Hari ini 15 April 2009 merupakan hari ke 3 Mesyuarat Penulisan Modul Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan. Pelaporan dan perbahasan begitu hangat untuk memastikan modul yang dihasilkan adalah yang terbaik dan sesuai mengikut tahap umur. Enam bidang utama yang diberi fokus ialah Bidang Akademik, Bidang Kerjaya, Bidang Psikososial dan Kesejahteraan Mental, Bidang Keibubapaan, Bidang Pembangunan Diri Murid dan Bidang Pendidikan Pencegahan.