Saturday, April 11, 2009

MAJLIS PENUTUP MINGGU DISIPLIN 2009
















Hari ini Khamis (09/04/09) merupakan hari terakhir Minggu Disiplin SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 2. Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Sabariah bt. Haji Abdul Samad, Pengetua SMKDMPR2.
Keputusan AnugerahTokoh Pelajar Mengikut Tingkatan:
• TKN 1 – NIK HAIZAM BT. NIK MAT – 1KRK1
• TKN 2 – MOHD IRMAN B. IDRIS – 2KRK2
• TKN 3 – MOHD SYAZWAN B. MOHD BASRI – 3KRK1
• TKN 4 – ALIF B. AMINUDDIN - 4KRK1
• TKN 5 – MUHAMMAD ILHAM BAKTI B. MOHD NOR – 5AU

Sifar Ponteng dan Kehadiran 100% sepanjang Minggu Disiplin telah dimenangi oleh:
• 3KRK2
• 4KRK1
• 4KRK2
TAHNIAH DAN SYABAS!

Kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program Minggu Disiplin termasuk Agensi Luar seperti AADK Daerah Tanah Merah, Kadhi Jajahan Tanah Merah, Pusat Pemulihan Akhlak Machang, Pusat Serenti Jeli dan semua penceramah jemputan, sekali lagi dirakamkan ucapan terima kasih. Terima kasih daun keladi, kalau boleh program yang akan datang, silalah datang lagi.
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

No comments: