Tuesday, April 7, 2009

HARI KE 3 MINGGU DISIPLIN SMKDMPR2





Hari ini merupakan hari ke 3 Program Minggu Disiplin SMKDMPR2 2009. Pengisian hari ini ceramah oleh Ustazah Hafizah Abdullah penceramah lepasan Universiti Al-Azhar. Di antara intipati ceramah beliau ialah:

5 perkara untuk jadi pelajar cemerlang;
1. Jaga solat – sembahyang yang khusyuk.
2. Tidak melakukan perkara yang melalaikan (lara).
3. Hak milik yang bersih (dewasa – bersih harta dengan zakat).
4. Jaga maruah diri.
5. Jaga amanah, jaga janji.

Perkara pertama Allah tanya di akhirat – Bagaimana dengan solat semasa di dunia, selesai solat selesailah segala tuntutan utama.

Untuk menguatkan ingatanTinggalkan maksiat – dosa kecil dan dosa besar.

Ilmu anugerah Allah kepada manusia dalam bentuk cahaya – Iman Waqib
Allah tak bagi ilmu kepada orang yang banyak dosa.

Oleh itu, renung-renungkanlah wahai pengunjung blog yangku sayangi. Semoga kita semua akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. InsyaAllah.

No comments: