Tuesday, April 7, 2009

HARI KE 4 MINGGU DISIPLIN 2009



Hari ini hari ke 4 Minggu Disiplin. Pengisian hari ini ialah ceramah oleh GBK SMKDMPR2 iaitu hamba sendiri atas tajuk 'Melihat Bintang Di Langit, Jangan Lupa Rumput Di Bumi'. Rupa-rupanya ramai muridku yang tersentuh sehingga menitiskan air mata. Ada yang sampai terisak-isak. Begitu juga dengan guru-guru. Semoga hati yang tersentuh ini akan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T. Hanya Allah yang dapat mengubah hati manusia iaitu hati hambaNya yang Dia kasihi.

Pengisian ke 2 ialah Perkongsian Pengalaman bersama dua orang penghuni Pusat Serenti Jeli. Semoga perkongsian maklumat ini dapat menyedarkan pelajar agar tidak sekali-kali mencuba dadah dan menggunakan kaedah lain bila 'stress' atau mengalami tekanan. Terima kasih kepada Komandan Pusat Serenti Jeli atas kerjasama yang diberikan.
Tahniah kepada semua AJK Minggu Disiplin kerana program dapat berjalan dengan lancar. Komitmen anda sangat-sangat kami hargai.

No comments: