Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS PENUTUP MESYUARAT JURULATIH MODUL BIMBINGAN DAN KAUNSELING SR






Hari ini 30/07/09 merupakan hari terakhir berada Goldcourse Hotel. Majlis Penutup sedang disempurnakan oleh En. Aidi bin Jantan, Ketua Penolong Pengarah Sektor SM Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM.

Di antara pesanan En. Aidi yang sempat dicatat:

- Tingkatkan usaha dan tingkatkan kesabaran dalam menjalankan tugas
- Gunakan Modul yang telah terhasil untuk mendidik anak didik di sekolah
- Tahniah kerana berjaya membina modul
- MGKK telah berjaya membina rangkaian untuk GBK berkongsi pengalaman dan pengetahuan
- Jangan rasa keseorangan dalam menjalankan tugas dan mintalah bantuan rakan GBK

GURU CEMERLANG 2010 - DIBUKA SEKARANG

Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.” - Buku Terma Rujukan konsep Guru CemerlangPengetua, Penolong Pengetua, Guru Besar dan Pegawai Pendidikan.
Objektif kenaikan pangkat Guru Cemerlang:

Memberi pengiktirafan kepada guru yang cemerlang dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing.
Meningkatkan pencapaian kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Menjadikan Guru Cemerlang role model kepada guru lain.
Meningkatkan motivasi guru.
Meningkatkan kecemerlangan sekolah dengan berkongsi pengalaman dan kemahiran Guru Cemerlang.
Memperluaskan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan pelajaran.
Membolehkan guru dinaikkan pangkat tanpa perlu meninggalkan tugas mengajar atau bertukar ke jawatan pentadbiran.
Menyediakan peluang untuk guru naik pangkat ke gred yang lebih tinggi secara laluan laju (fast track), khas Untuk Penyandang (KUP).

Tuesday, July 28, 2009

MESYUARAT PEMBINAAN MODUL B&K SEKOLAH RENDAH







Hari ini hari kedua berada di Goldcourse Hotel, Klang untuk mesyuarat Pembinaan Modul B&K Sekolah Rendah. Peserta adalah dari seluruh negara

KEM BESTARI PMR (2) N SPM 2009 DAH SELESAI

















Tanggal 16 - 18 Julai yang lepas, Kem Bestari PMR (2) telah selesai dilaksanakan. Seramai 99 orang calon PMR 2009 telah menghadiri kem tersebut yang dijalankan di Kem Putra, Peringat, Kota Bharu. Di antara pengisian yang telah dijalankan ialah Ceramah Motivasi, Teknik Menjawab Matematik, Sains, English, Pendidikan Agama Islam, B. Melayu dan Bahasa Arab. Terima kasih kepada semua penceramah, peserta dan guru-guru yang telah sudi hadir bagi menjayakan kem tersebut.

Manakala Kem Bestari SPM telah dilaksanakan pada 23 - 25 Julai 2009 dan seramai 103 orang calon SPM SMKDMPR2 telah menyertainya. Tahniah. Di antara pengisiannya ialah Slot Motivasi, Matematik, Sejarah, English, Pendidikan Islam dan Bahasa Melayu. Sekali lagi diucapkan Terima Kasih kepada semua penceramah, peserta dan guru-guru yang telah sudi hadir bagi menjayakan kem tersebut.

Majlis Penutupan kedua-dua kem ini telah disempurnakan secara rasminya oleh Pn. Sabariah, Pengetua SMKDMPR2.
Satu lagi Kem Bestari PMR (1) akan dilaksanakan pada 30 - 31 Julai dan 01 Ogos 2009 di Pusat Dakwah Jeli (Pondok Moden), Bukit Bunga, Tanah Merah.