Saturday, April 11, 2009

KURSUS KEPEMIMPINAN PENGAWAS SMKDMPR2 TAHUN 2009



















Hari ini (Khamis) juga merupakan hari pertama Kursus Kepemimpinan Pengawas SMKDMPR2 di Pondok Darul Hanan, Selehor, Tumpat (09 April - 11 April 2009). Tamat aje Majlis Perasmian Minggu Disiplin, terpaksa berkemas pula untuk ke Kursus Kepemimpinan Pengawas. Peserta akan bertolak dengan keretapi ke Stesen Kok Pasir jam 11.45 pagi. Kali ini seramai 69 peserta (30 lelaki dan 39 perempuan) akan menyertai kursus ini.

1.0 OBJEKTIF
Adalah diharapkan selepas kursus ini, peserta akan:

1.1 Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan / guru / keluarga dan orang lain.

1.2 Memahami bidang tugas dan menguasai teknik-teknik kepimpinan asas supaya dapat berfungsi sebagai pengawas yang dedikasi.

1.3 Mendapat pengetahuan dan berupaya memahami dan menilai kelebihan dan kelemahan diri.

1.4 Membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri serta mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.

1.5 Membina daya dorongan untuk membentuk budaya saling membantu, hormat menghormati dan kasih mesra antara rakan-rakan dan masyarakat sekolah.

2.0 INPUT KURSUS
2.1 Tugas Dan Tanggungjawab Pengawas.
2.2 Halangan-halangan Dalam Menjalankan Tugas.
2.3 Kesedaran Kendiri / Asertif Diri.
2.4 Asas Komunikasi.
2.5 Membina Organisasi yang Mantap.

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN
3.1 Ceramah
3.2 LDK
3.3 Riadah dan permainan.
3.4 Kuliah
3.5 Pembentangan


Adalah diharapkan dengan adanya kursus ini, ianya akan dapat membantu pihak sekolah dalam melincinkan pengurusan dan pentadbiran serta dapat menangani isu-isu yang berkaitan permasalahan murid. Dengan kerjasama pihak guru, ibu bapa dan murid setempat, hasrat kita untuk menjadikan sekolah sebagai sekolah contoh di mana pelajarnya bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang dalam bidang sahsiah akan tercapai kelak.

2 comments:

Syeira Sofea said...

Knp ambk gmbr org yg sama???

nazmi razaman said...

buat kursus kepimpinan pengawas tp banyak jga kes dsiplin..