SELAMAT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.
'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'
Ya, Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu kepada semua yang bergelar Guru. Jua terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan SMS ucapan Selamat Hari Guru sama ada yang dibalas atau tak dibalas. Maaf jika tidak menerima balasan kiriman SMS. Maklumlah terlalu banyak menerima kiriman SMS sehingga terdelite untuk memberi laluan SMS yang lain. Di antara ungkapan yang banyak diterima ialah 'Jadilah seorang guru yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya diRINDU, ilmunya diBURU, nasihatnya diSERU, tingkah lakunya diTIRU...SELAMAT HARI GURU', 'GURU, dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam diamnya ada bijaksana, BERBAHAGIALAH menjadi GURU.... SELAMAT HARI GURU...2009', 'TIADA kata seindah bahasa, TIADA bahasa seindah 3 kata....SELAMAT HARI GURU.... TANPA cikgu siapalah kami ini....TERIMA KASIH CIKGU'.
Wow..... kalaulah semua yang pernah bergelar murid, pelajar, siswa, siswi, menghargai jasa GURU, alangkah indahnya dunia pendidikan ini. GURU terus dihormati dan tetap diberi ruang yang seluas-luasnya untuk mendidik anak bangsa. Membangunkan modal insan ke tahap potensi yang optimum bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelajar pintar cerdas adalah merupakan sebahagian aset negara dan permata ini perlu digilap kerana sinarnyalah yang menentukan tahap kualitinya. Pelajar mempunyai keperluan unik dari segi JERI yang perlu dipenuhi dan dipupuk secara holistik.
Pada tahun ini 2009, tercalit sejarah baru dalam hidupku sebagai GURU kerana inilah kali pertama aku diundang menghadiri Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu di Kuala Terengganu setelah lebih 23 tahun menjadi GURU. Nasib baiklah 10 tempat diberikan kepada MGKK (Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan) untuk menghadiri majlis sambutan tersebut. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment