Saturday, May 23, 2009

MENERIMA RAWATAN DI IJN







RAWATAN / PEMBEDAHAN DI IJN.



Ketika murid lain menjalani PPT dengan penuh tabah, adik Nurul Syafikah, 2KRK2 terpaksa lebih tabah kerana akan menjalani pembedahan HYPERHYDROSIS di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 27 Mei 2009 dengan anggaran kos pembedahan RM 12 000.00. Bagaimanakah seorang yang bergelar ayah yang bekerja sebagai tukang cat rumah dan seorang ibu yang hanya menjual kueh dapat menanggung kos rawatan tersebut? Pihak sekolah telah pun membuat permohonan ke JPN Kelantan untuk mencari dana atau sumbangan untuk membantu pembiayaan kos rawatan. Setakat ini, melalui sumbangan para pelajar dan derma perseorangan, Unit Kebajikan dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM520.00 untuk diserahkan kepada ibu bapa adik Nurul Syafikah bt. Abd Manas.



Mana-mana peminat blog ini yang berhajat untuk menyampaikan sumbangan untuk tabung kebajikan pelajar Unit Bimbingan dan Kaunseling, bolehlah menyampaikan sumbangan anda sama ada cek atau kiriman wang atas nama PIBG SMKDMPR(2).



Semoga Allah akan membalas budi baik anda.



Kepada adik Nurul, tabahkan hati, terimalah ujian Allah ini dengan ikhlas dan sabar kerana setiap ujian Allah itu akan disertai dengan balasan pahala. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah akan menyembuhkan penyakit adik Nurul. Amin.

1 comment:

mohd najid said...

Assalamualaikum wrt
Salam muhibbah dan selamat sejahtera.
Saya Abd Manas Abd Halim
Norma bt Hamat ibubapa kepada Nurul Syafikah bt Abd Manas pelajar ting2 krk2 SMKDMPR(2) megucapkan setinggi-tinggi ribuan terima kasih kepada pengetua, semua guru2 guru kaunselor serta staff dan PRS di atas jasa baik membantu meringankan perbelanjaan perubatan anak kami di IJN. Semoga Allah akan membalas budi baik anda semua. Amin.
Sekian terima kasih.
Wassalam wrt.
Dari kami sekeluarga.