PROGRAM PERMATA PINTAR NEGARA
Program PERMATApintar Negara telah dilancarkan oleh Datin Seri Paduka Rosmah Bte Mansor isteri Perdana Menteri Malaysia pada 02 Mac 2009. Menyahut seruan kerajaan berhubung dengan misi pembangunan modal insan, UKM dengan kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri, Sekreteriat Permata Negara dan CTY Hopkins University telah berjaya menubuhkan PERMATApintar dengan terlaksananya Majlis Pelancaran PERMATApintar UKM.
Program PERMATApintar Negara berhasrat untuk memastikan pelajar-pelajar pintar cerdas tidak terabai, malah akan diberi pendidikan bersesuaian dengan kemampuan intelek mereka dan menjadi individu yang berdaya saing tinggi di peringkat nasional dan global. Usaha berterusan akan dilakukan untuk menjejaki pelajar-pelajar pintar cerdas dan memberikan mereka peluang untuk mengikuti program yang dirancang khusus untuk mereka. Universiti Kebangsaan Malaysia dan pakar pendidikan pintar cerdas dari Johns Hopkins University - Center For Talented Youth (CTY), Amerika Syarikat akan membangunkan program pendidikan tersebut berupa perkhemahan semasa cuti sekolah. Di perkhemahan itu, pelajar-pelajar pintar cerdas akan berpeluang untuk memilih dua topik dari tiga mata pelajaran yang akan disediakan iaitu mata pelajaran Sains, Matematik dan Penulisan Kreatif. Contoh topik yang akan dihidangkan kepada pelajar ialah seperti Dynamic Earth, Sensori dan pengamatan, Flight Science, Robotic, Genomic, Genetic, Modern Fantacy Writing dan sebagainya. Pastinya pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti perkhemahan khas ini akan menemui cabaran-cabaran yang sesuai dengan kemampuan intelek mereka yang tinggi. Ini akan merangsang minda mereka untuk komited meneroka pengetahuan baru dengan motivasi yang tinggi lagi berdaya saing - Datin Seri Paduka Rosmah Bte Mansor (Penaung Program PERMATApintar Negara).
JPN Kelantan telah mengambil langkah positif dengan menganjurkan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Program PERMATApintar Negara Peringkat Negeri Kelantan pada 17 Mei 2009 bertempat di SMK Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Semua Pengetua dan Guru Besar telah dijemput hadir dalam majlis pelancaran tersebut.
Manakala peringkat sekolah, SMKDMPR2 akan melaksanakan ujian PERMATApintar Negara ini pada hari Khamis, 28 Mei 2009 kerana pelajar masih lagi menduduki PPT yang akan berakhir 27 Mei 2009. Kekangan yang dihadapi ialah masalah komputer yang gagal berfungsi untuk internet atau wayerles. Setakat ini 30 calon telah mendaftar untuk menduduki ujian tersebut melalui guru tingkatan masing-masing.