MAJLIS PELANCARAN MINGGU DISIPLIN DAN ANTI DADAH SMKDMPR2 2010Pada 21 Mac 2010 hari Ahad, Minggu Disiplin dan Anti Dadah telah dilancarkan dengan sempurnanya oleh En. Mohd Yunus bin Awang, Penolong Kanan Pentadbiran SMKDMPR2. Majlis pelancaran dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selamat Al-Sultan dan Lagu Sekolah. Seterusnya ucapan alu-aluan Ybrs. En. Nubli bin Hj. Abd Latif, Pengerusi Program Minggu Disiplin Dan Anti Dadah 2010, Bacaan Perutusan oleh En. Mohd Sanusi Othman, Ucapan Perasmian dan Pelancaran dan berakhir dengan Ceramah "Disiplin Dan Masyarakat Dunia" oleh Sarjan Trafik Nik Nazri bin Nik Jaafar dari IPD Tanah Merah. Penceramah ini pernah bertugas di Bosnia Herzegovina, Denmark dan Timor Leste di bawah panji-panji PBB.
Ceramah beliau telah disampaikan dengan penuh semangat dan telah dapat menarik minat pelajar dan guru dan mendapat perkongsian pengalaman luar negara yang cukup menarik sekali. Displin diri merupakan tonggak utama dalam menjalankan tugas apatah lagi bila bertugas dengan pelbagai jenis manusia yang pelbagai budaya hidup. Beliau pernah ditawan oleh tentera Serb Bosnia untuk merampas kereta dan ditawan dengan periuk api. Pernah menjalani kehidupan dalam musim sejuk -45C selama empat bulan dengan kekurangan bekalan makanan. Menghadapi suasana huru-hara di Timur Leste di bandar Dili di mana Presiden dan Perdana Menteri Timor Leste ditembak mati.