Aku terpaksa menunda tarikh pendaftaran ke SBP anakku di SMS Kuala Terengganu pada 10 Februari yang lepas kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di atas. Selaku Pengerusi MGKN Kelantan dan AJK MGKK, kepentingan diri terpaksa diabaikan. Alhamdulillah semuanya telah berjalan dengan lancar. Aku juga berharap agar pendaftaran anakku di SBP SMSKT nanti juga akan berjalan dengan lancar. Perjuangan untuk membela nasib GBK perlu diteruskan. Hasilnya kini telah ada GBK yang telah menerima GC DG48 n DG44 walaupun dalam jumlah yang sedikit. Begitu juga dengan GBK sekolah rendah. Tahniah kepada yang telah berjaya. Semoga kerja buat anda akan bertambah cemerlang. Kepada yang belum berjaya, buatlah permohonan bila ada siaran iklan nanti. Untuk memastikan anda berjaya memohon, buatlah persediaan dari sekarang. Isi siap-siap Borang Permohonan n sediakan keperluan yang perlu disediakan termasuk salinan Buku Rekod Perkhidmatan dan Laporan Tatatertib kerana tempoh masa adalah amat singkat bila iklan dikeluarkan nanti. Jua pastikan markah prestasi 3 tahun anda melepasi 94% dan ke atas termasuk prestasi semasa (Rujuk taklimat oleh wakil KPM Bahagian Sekolah Harian di PPD Kota Bharu yang lepas).
Oleh itu, bekerja keraslah anda agar prestasi anda melepasi tahap yang ditetapkan termasuk lulus PTK. Jadilah GBK yang CEMERLANG.